THE NEW MALAY DILEMA

November 17 2008 – By Azman Muhammad

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh, ssalam sejahtera kepada semua saudara muslim yang dimuliakan, saya amatt berbangga jika saudara dapat membaca warkah yang saya akan bentangkan kepada saudara semua.

Terlebih dahulu, saya memohon maaf kepada semua yang mungkin merasa bahawa hasil penulisan saya ini melukai anda, bagi saya ini hanyalah luahan pendapat peribadi yang perlu saya kongsikan bersama saudara semua.

Dewasa ini dapat dilihat senario politik dan ekonomi malah sosial di negara kita telah menjadi kucar-kacir yang amat merisaukan dan membingunkan banyak pihak termasuk diiri saya sendiri. Tetapi tiada tindakan yang dapat dibanggakan yang telah diambil pihak yang berkenaan bagi menyelesaikan masaalah ini. Saya tidak mahu menyentuh hal bangsa lain, tetapi demi cintakan agama,negara dan bangsa melayu, saya amat berbesar hati mahukan kerjasama tuan puan saudara semua, kita sama-sama berkongsi ppendapat dalam blog saya ini, bagi memikirkan suatu jalan yang terbaik yang dapat kita sama-sama ajukan dan cadangkan kepada pihak yang berkenaan bagi menangani masaalah ini.

Dari segi politik,

Alhamdulillah pilihanraya ke-12 yang lalu telah menyedarkan kita tentang kelemahan bangsa dan pemimpin kita, yang mana senario politik sekarang semakin banyak dikuasai oleh bangsa lain. Masih ingat lagi di fikiran saya, datuk pernah berpesan, lebih kurang begini bunyinya, ” ingatlah bahawa, kuasa yang kita ada sekarang haruslah kita pertahankan kerana itu sahaja yang telah ditinggalkan oeh datuk nenek kita, dan tuntutlah ilmu supaya kita dapat bersaing dalam bidang-bidang yang lainnya”.

Pada mulanya saya tidak faham apa yang diperkatakan, tetapi daripada pemerhatian saya hari ke hari, akhirnya apa yang diperkatakan itu semakin saya fahami.

Jadi, setelah banyak berbincang dengan rakan-rakan dan banyak buah fikiran yang dikeluarkan demi negara tercinta ini. Kami ingin mengemukakan beberapa cadangan yang perlu pertimbangan pihak tuan saudara sekalian

1. Maksud bahasa rasmi dan agama rasmi itu sendiri haruslah diperjelas dan ditekankan.

2. Penggunaan bahasa kebangsaan diperluaskan

a. Setiap sidang akbar atau pendapat umum ahli-ahli politik haruslah menggunakan bahasa kebangsaan tak kira dimana mereka berada.

b. Sistem pendidikan yang sekarang harus dipulihkan, kembali kepada penggunaan bahasa kebangsaan, jika perlu bahasa asing, wujudkan sekolah khas yang menggunakan medium pengantar bahasa asing sepenuhnya, ini lebih efektif, biar pilihan dapat di buat.

c. Setiap pelajar asing yang menuntut di negara kita perlu mengambil kursus bahasa kebangsaan, jika perlu MUET seperti sekarang kenapa tidak ditambahkan MUMT(Malaysia University Malay test).

d. Pendidikan tentang adat resam dan istiadat semua bangsa di negara ini harusllah di perkenalkan supaya semua bangsa memahami dan dapat menerapakan kesefahaman antara kaum dengan lebih baik.

3. Setelah tamat pilihanraya, yang menang tetap menang dan yang kalah tetap kalah, untuk apa kita bertelagah, sepatutnya kita harus bersatu membangunkan negara tercinta dan duduk bersama memikirkan bagaimana dappat kita kemudi negara ini dengan lebih baik lagi. Bagi saya, apabila seorang perdana menteri sudah dilantik adalah kewajiban kita mempertahankannya, dari segi menjaga baik namanya, membantu beliau dalam pertadbiran dan menyokong dasar-dasar yang diperkenalkan agar dapat direalisasikan menjadi suatu yang terbaik. Seperti dalam suatu perperangan, jika terdapat dua pihak yang bertelagah memilih ppanglima perang dan akhirnya satu pihak telah menang dan pemimpin tersebut memimpin bala tentera ke medan perang, adakah pihak yang satu lagi hanya perlu melihat dan menyatakan, “Biarlah kita lihat bagaimana mereka akan kalah dalam perperangan ini”. Bukankah yang akan kalah itu pasukan kita sendiri. fikirkanlah.

4. Dari segi ekonomi pula haruslah dilihat dari pelbagai aspek, saya berada dan bekerja di kuala lumpur, pusat ekonomi negara, dapat dilihat penguasaan PENDATANG ASING SEMAKIN MELUAS, sebab apa. Sebab kita MELAYU, CINA, INDIA sentiasa bertelagah walaupun diluarnya nampak ok tetapi, didalam sanubari kita masih tersemat kebencian yang perlu dihapuskan.

Bersambung …..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


%d bloggers like this: